Matlamat pendidikan negara adalah untuk mencapai kedudukan satu pertiga teratas dalam kalangan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 digubal untuk merealisasikan matlamat ini. Berdasarkan PPPM 2013-2025, lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid (Rajah 1) merupakan indikator menentukan kejayaan sistem pendidikan dalam persaingan global. Faktor utama untuk memastikan matlamat PPPM 2013-2025 tercapai bergantung kepada kualiti Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan amalan nilai profesionalisme keguruan yang terkandung dalam Standard Guru Malaysia (SGM) seperti Rajah 1.
RAJAH 1
Profesionalisme keguruan dikaitkan dengan ciri profesional
seperti kelayakan menjadi PPP, etika profesional dan diiktiraf oleh badan
profesional. Oleh itu, dalam memastikan kejayaan perancangan dasar pendidikan,
profesionalisme PPP pada setiap peringkat perlu sentiasa ditingkatkan. KPM
melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan profesionalisme keguruan
seperti memperkemas laluan kerjaya PPP, membangunkan konsep Guru Malaysia dan
Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP), serta menggalakkan PPP.
Good
ReplyDelete