Saturday, May 8, 2021

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MENJADI TERAS KEPADA PEMBENTUKAN PEMIKIRAN DAN AMALAN GURU-GURU DARI ASPEK PENGETAHUAN , KETERAMPILAN , SAHSIAH DAN ETIKA GURU


 

Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina sesebuah tamadun bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep memanusiakan manusia. Bermula dengan memberi maklumat sehinggalah dapat melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis dalam menghadapi kehidupan dan cabaran yang sebenar.Etika profesion keguruan adalah etika yang berkait rapat dengan proses pemantapan sistem pendidikan di negara kita.

Sebagai sebuah negara yang menitik beratkan pembangunan kemanusiaan yang seimbang, profesion keguruan sentiasa menjadi agenda kerajaan untuk menjadikan bidang keguruan ini bertaraf dunia. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita melihat satu persatu elemen etika profesion keguruan yang amat berkait rapat dengan falsafah pendidikan, misi dan visinya yang jitu.

Dalam memantapkan profesion keguruan ini  Falsafah Pendidikan Guru menjadi teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru  dari aspek pengetahuan , keterampilan ,sahsiah dan etika guru sejajar dengan aspirasi negara untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia, para guru seharusnya mempunyai persediaan yang komprehensif baik dari segi fizikal dan mental.

 Ini dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu persiapan diri sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, pendekatan pengajaran yang dilakukan terhadap para pelajarnya dan teknik pengajaran kearah penerapan elemen pembinaan negara bangsa.

Implikasi Falsafah Pendidikan Guru kepada Para Guru

 

Falsafah Pendidikan Guru membentuk pemikiran dan amalan guru kualiti yang bakal dibentuk iaitu:

 

🌟 Berpekerti mulia 🌟

l  Guru yang berpekerti mulia seharusnya menerima setiap pelajar dengan baik dan bersedia menolongnya. Guru ini juga rela menjalankan aktiviti penggayaan terhadap para pelajar yang baik pencapaiannya.

🌟 Berpandangan progresif dan saintifik 🌟

l  Guru yang berpandangan futuristik akan sentiasa menokok tambah ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel. Dengan itu, dia sentiasa menyedari perkembangan baru dalam arena pendidikan dan dapat memainkan peranan sebagai innovator.

🌟 Bersedia Menjunjung Aspirasi Negara🌟

l  Guru yang peka kepada aspirasi negara akan menekankan unsur perpaduan, prihatin, ikram, berbudi bahasa, keupayaan bersaing dan berdikari dalam kegiatan pengajaran dan pembelajarannya.

🌟 Menjunjung Warisan Kebudayaan Negara 🌟

l  Warisan kebudayaan negara hendaklah ditekankan dalam kurikulum sekolah sama ada dalam aktiviti lakonan, nyanyian, tarian atau pakaian.

🌟 Menjalin Perkembangan Individu 🌟

l   Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah mirip ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

🌟 Memelihara suatu Masyarakat yang Bersatu Padu 🌟

l  Guru hendaklah menekankan unsur bersatu padu dalam segala kegiatan yang dikehendakinya dan cuba memastikan pelajar-pelajar pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.  

🌟 Memelihara suatu Masyarakat yang Demokratik 🌟

l  Unsur demokrasi hendaklah sentiasa diberi penekanan oleh guru. Ini bermakna dalam pemilihan ketua pelajar, pengerusi dan ahli jawatankuasa, guru hendaklah memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukannya. Begitu juga dalam sesetengah hal yang melibatkan pemutusan keputusan. Kalau hal yang tidak penting, pemutusan keputusan bolehlah diserahkan kepada pelajar.

🌟 Memelihara suatu Masyarakat yang Progresif 🌟

l  Dalam pengajaran guru, kaedah inkuiri – penemuan dan kaedah dapatan hendaklah ditekankan. Ini perlu untuk memupuk sikap suka menyiasat dan mereka cipta. Sifat-sifat ini adalah secocok dengan hasrat mengembangkan anggota masyarakat yang berpandangan progresif dan futuristik.

🌟 Memelihara suatu Masyarakat yang Berdisiplin 🌟

l  Unsur disiplin memang sentiasa dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan-kegiatan bilik darjah tidak dapat berjalan dengan licin tanpa disiplin. Walau bagaimanapun, guru hendaklah menitik beratkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan santun, bertimbang rasa, tolong-menolong, prihatin dan bekerjasama di kalangan pelajarnya. Amalan ini akan membolehkan para pelajar membesar menjadi ahli masyarakat yang bersifat penyayang.


Rasionalnya penyediaan para guru professional yang berketrampilandan ikhtisas dalam bidang perguruan adalah untuk merealisasikan aspirasi Negara kearah mencapai Wawasan 2020 dan membentuk sebuah Negara bangsa Malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Pada ketika ini,sudah pasti pencapaian pendidikan Negara telah pun mencapai tahap dinia dari segi kualitinya standing dengan negara lain di seluruh dunia.Oleh yang demikian,jelaslah guru merupakan aset dan penjana yang terpenting kea rah mencapai kemakmuran dan kegemilangan negara pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Sebelum tahun 1982, Pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang a...