Saturday, May 8, 2021

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)



Sebelum tahun 1982, Pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada hanya berpandukan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju Pendidikan guru di Malaysia iaitu menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid serta melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat. Pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk menjadikan rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.

            Falsafah Pendidikan Guru ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan adanya Falsafah Pendidikan Guru, guru-guru akan lebih bersedia bagi mempersiapkan diri dengan memupuk kualiti-kualiti diri yang diperlukan selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru. Falsafah Pendidikan Guru digubal berdasarkan berdasarkan model Pendidikan guru dengan menekankan tiga demensi utama yang menjadi landasan pengubalannya iaitu



๐ŸŒบ Ketuhanan 

  • Penghayatan, amalan, dan peningkatan ilmu individu dilakukan berteraskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. 

๐ŸŒบ Kemasyarakatan 

  • Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan kepada masyarakat dan negara.

๐ŸŒบ Kendiri 

  • Kendiri memberi penekanan kepada pembinaan daya kefahaman dan patritosme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

    Namun begitu, dibawah dimensi-dimensi ini Model Konseptual Pendidikan merangkumi tiga aspek asas iaitu


๐Ÿ„ Pengetahuan 

  • Dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan dalam kehidupan.

๐Ÿ„Kemahiran Ikhtias

  • Merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan hasrat untuk meningkatkan kualiti pelajaran dan pembelajaran.

๐Ÿ„ Nilai-nilai Murni 

  • Merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru yang penyayang dan menpunyai nilai-nilai integriti yang tinggi. 

          Aspek-aspek ini digabungkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang. Falsafah Pendidikan Guru bermatlamat untuk melahirkan guru yang profesional, mempunyai daya juang dan daya tahan yang tinggi, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, mempunyai kemahiran yang diperlukan dan berpengetahuan dalam teknologi. Falsafah Pendidikan Guru juga berlandaskan Model Konseptual Pendidikan tersebut yang bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

Di samping itu, Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dan kompeten dari segi peribadi, profesional, sosial, menguasai ilmu, pengetahuan, berkemahiran serta menghayati nilai- nilai keguruan. Antara kandungan Falsafah Pendidikan Guru ialah:




Antara kandungan Falsafah Pendidikan Guru ialah berpekerti mulia. Guru yang sedia meletakkan kepentingan utama kepada pihak atau orang lain, melebihi diri sendiri dan keluarga. Seorang guru atau pendidik sentiasa memberi pertolongan yang ikhlas dan mengajar pelajar dengan ikhlas kerana ia merupakan cara terbaik untuk mendakati pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran dan pelajaran serta dapat membentuk akhlak pelajar dengan sempurna. Berpekerti mulia sangat sesuai dengan peranan guru sebagai suri teladan dan contoh kepada pelajarnya kerana mereka perlulah mempunyai perwatakan yang mulia dan berdisiplin. Namun begitu, guru berperanan sebagai agen perubahan dalam dunia Pendidikan yang sifatnya dinamik.

 Kandungan Falsafah Pendidikan Guru yang seterusnya ialah berpandangan progresif dan saintifik. Guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Oleh itu, guru perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi untuk menarik minat serta memotivasikan mereka dalam pelajaran Mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangankan pengetahuan dan kemahirannya. Sentiasa berusaha mencari dan menggunakan pelbagai idea, kaedah, dan bahan baru dalam melaksanakan bidang tugas. Seseorang guru atau pendidik perlu memiliki kemahiran profesional dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat serta memotivasikan mereka dalam pelajaran.

Kandungan Falsafah Pendidikan Guru yang ketiga ialah berusaha menjunjung aspirasi Negara. Guru perlu mempunyai integrity yang utuh dalam diri agar cekap, jujur, boleh dipercayai, amanah, patuh kepada Negara dan mempunyai kualiti untuk melakukan sesuatu tugasan. Guru haruslah sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat Negara sebagai yang terpenting dan utama. Misalnya, sentiasa taat kepada arahan dan mengutamakan dasar yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka perlu komited terhadap tugas yang digalaskan sebagai pendidik anak bangsa Negara agar dapat melahirkan generasi muda yang Berjaya dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Kandungan Falsafah Pendidikan Guru yang keempat ialah menyanjung warisan kebudayaan Negara. Guru harus meletakkan diri mereka sebagai role model atau suri telandan mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan Negara agar menjadi teladan kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Contohnya, guru perlu menjaga kelakukan sepanjang masa, adil dan tidak pilih kasih, bertoleransi dengan orang lain, menetapi waktu bekerja, berdisiplin dan sebagainya agar menjadi contoh dan memberi inpirasi kepada pelajar dan orang lain. Guru perlu menyemai semangat patriotisme dan cinta akan Negara serta memupuk sifat bangga terhadap kelpelbagaian budaya dalam kalangan pelajar.

Kandungan Falsafah Pendidikan Guru yang kelima ialah menjamin perkembangan individu. Guru perlu memberi peluang keutamaan daan memastikan setiap murid diberikan peluang untuk kembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, secara terbimbing dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Pelajar bebas memilih subjek elektif, aktiviti kokurikulum yang diminati dan memberi mereka peluang untuk mengemukakan idea dan pandangan.

Di samping itu, Kandungan Falsafah Pendidikan Guru keenam ialah memelihara sesuatu masyarakat yang bersatu padu. Guru bertanggunjawab dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan pelajar yang pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Guru perlu melaksanakan aktiviti secara berkumpul bersama pelajar supaya dapat mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain dalam melakukan tugasan yang diberi.

Kandungan Falsafah Pendidikan Guru ketujuh  ialah memelihara suatu masyarakat yang demokratik. Guru sentiasa memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk membuat keputusan dan berlaku adil dalam membuat keputusan serta bertindak berasaskan pertimbangan wajar. Guru perlu menjadi mentor untuk menjadi rujukan kepada pelajar dengan memberi nasihat kepada murid dalam membuat keputusan.

Kandungan Falsafah Pendidikan Guru kelapan ialah memelihara suatu masyarakat yang progresif. Guru perlu memberi penekanan kepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk pelajar yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Misalnya, melahirkan guru dan pelajar yang berfikiran jauh dan berusaha mempelbagaikan teknik mengajar supaya suasana pembelajaran menjadi menarik. Oleh itu, guru perlu menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta kerana tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang menyumbang pembangunan negara.

Akhir sekali, Kandungan Falsafah Pendidikan Guru kesembilan ialah memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin. Guru perlu mempastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh pelajar agar membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdisiplin. Misalnya, menerapkan semangat cinta akan kemerdekaan dalam diri setiap pelajar. Guru hendaklah menegaskan anak-anak murid mengenai rasa hormat antara satu sama lain walaupun berbeza latar belakang.   

       Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Guru telah menjadi acuan yang berkesan untuk meletakkan kriteria guru unggul yang mencukupi pengetahuan, kemahiran, nilai, sahsiah dan kemasyarakatan.

No comments:

Post a Comment

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Sebelum tahun 1982, Pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang a...